Total Pageviews

Monday, 7 December 2015

Bal ex physio..

USM CEMERLANG DI PECIPTA 2015: TERIMA LAPAN PINGAT EMAS DAN SATU ANUGERAH KHAS

Teks: Nor Rafizah Md Zain (nor_rafizah@usm.my)

Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2015 -Universiti Sains Malaysia (USM) cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2015) kali ke-14 dengan menerima lapan pingat emas dan satu anugerah khas serta tujuh pingat perak dan tujuh pingat gangsa.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr Omar Osman mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama universiti dan kali ini penyertaan adalah lebih menyeluruh iaitu melibatkan keempat-empat kampus USM iaitu Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan juga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

"Saya yakin kesemua penyelidik ini menghasilkan produk-produk yang dalat dimanfaatkan oleh masyarakat dan juga pemain industri," kata Naib Canselor.

Produk yang memenangi Anugerah Khas bagi kategori terbuka adalah hasil kajian Profesor Dr. Rahmah Noordin, pensyarah dari Institut Penyelidikan Perubatan Molekular (INFORMM) iaitu XEh Rapid: Fast Detection of Extraintestinal Amoebiasis iaitu kit mudah serta pantas dalam memberikan keputusan dalam kajian penyakit di luar usus.

Produk lain yang memenangi pingat emas adalah seperti di bawah:

BAL EX PHYSIO: Home Based Physiotheraphy Module for Stroke Rehabilitation - Dr. Zuraida Zainun dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan

Kitchen Waste Carbonizer - Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

CACEZ - Next Generation CO2 Adsorbent to Go Green - Profesor Dr. Ir. Srimala Sreekantan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

PS-34 Membrane with Moisture Resistance: Unlocking the Potential of Biogas via CO2 Removal - Dr. Leo Choe Peng dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

Green Chemistry: An Emerging 21st Century Science in Secondary School - Dr. Mageswary Karpuden dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Le Sticho GAG i - Profesor Madya Dr. Farid Che Ghazali dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan

Mu-Derm, A Natural Angiogenic Product for Skin Heal - Profesor Madya Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid dari Pusat Pengajian Sains Farmasi

Anugerah khas telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh manakala hadiah pingat emas kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Mary Yap Kain Ching.

http://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/3096-usm-cemerlang-di-pecipta-2015-terima-lapan-pingat-emas-dan-satu-anugerah-khas