Total Pageviews

Tuesday, 7 August 2012

Senaman Bantu Pesakit Strok @ UTUSAN MALAYSIA 7OGOS 2012


DR. Zuraida Zainun menunjukkan buku panduan dan VCD 'Bal Ex Stroke' iaitu modul senaman untuk pesakit angin ahmar di pejabatnya di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini. - UTUSAN/ASMA HANIM MAHMOOD
KOTA BHARU 7 Ogos - Pesakit dan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang terlantar atau lemah anggota badan akibat penyakit angin ahmar atau strok disaran mengamalkan modul senaman 'Bal Ex Stroke' hasil idea sekumpulan penyelidik dari Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.
Modul senaman keseimbangan yang berasaskan gabungan tiga kaedah iaitu pergerakan solat, teknik 'Bobath' serta 'customized cawthorned cocksey' itu berupaya memberi perubahan positif kepada pesakit dalam masa kurang tiga bulan.
Keberkesanan modul senaman itu telah mendapat beberapa pengiktirafan antaranya pingat emas pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2012 pada Februari lalu.
...

.:Modul Senaman 'Bal Ex Stroke' yang mula mendapat Perhatian:.
Moga Bermanfaat Untuk Semua


No comments:

Post a Comment